Monday, 22 April 2013

Dzulkifli Berazam Curah Bakti Terbaik Untuk Pengundi Lintang

Dato' Dzolkafly bersama isteri


Calon BN di DUN Lintang Dato’”Dzulkifli Harun tidak mahu terlalu “overconfident” tentang keupayaan BN mengekalkan kerusi tersebut.Walaupun kawasan itu merupakan sebuah kawasan dianggap selamat serta diberi harapan tinggi untuk mengekalkannya beliau tetap bekerja dua kali ganda dari biasa kerana “kita tidak boleh ambil sikap sambil lewa’’.
Dalam satu temuramah khas, Datuk Dzulkifli yang diapit isterinya Datin Zaiton Abdul Rahman, kelihatan santai serta yakin pengundi di kawasan DUN Lintang akan tampil menyebelahi BN.
“Kawasan ini merupakan kubu BN dari dulu lagi tetapi ini tidak bererti kita ataupun jentera BN boleh duduk goyang kaki . . . .kita harus melipatgandakan usaha bagi memastikan tidak ada rakyat terpinggir dari radar bantuan kita.
”Saya kenal pengundi di sini berpuluh tahun . . . setengahnya saya kenal zaman persekolahan lagi.”Sebenarnya  Sungai Siput dan DUN Lintang sangat sinonim dengan Zul kerana beliau bukanlah tokoh novice atau muka baru bagi mereka.
Semasa abangnya Allahyarham Datuk Fadzil Harun menjadi ketua bahagian dan wakil rakyat di Lintang, Zul berada dalam bidang perniagaan. Namun kini tidak bererti dia tak aktif cuma tafsiran aktif itu bergantung pada situasi dan keadaan semasa.
 Bagaimanapun takdir menentukan bahawa ajal abangnya telah tercatat di loh mahfuz dan dengan berat hati, setelah dipujuk penyokong , beliau mengambil keputusan bertanding jawatan Ketua UMNO bahagian.

Hari ini iaitu sejak 2009, Zul ialah ketua umno bahagian dan merupakan calon yang diamanahkan BN Pusat bertanding di DUN Lintang. Justeru tidak hairan jika Zul menganggap kawasan Sungai Siput dan DUN Lintang macam dibelakang tapak tangan.
 Penduduk di Sungai Siput sangat mengenali keluarganya kerana abangnya, Allahyarham Datuk Fadzil Harun merupakan tokoh yang dikenali sejak tahun 1970an lagi.Kematian allahyarham Datuk Fadzil membuka laluan padanya mengetuai UMNO bahagian Sungai Siput apabila berjaya mengalahkan pencabarnya.
Kini sebagai calon DUN Lintang, Zul sangat masak dengan suasana serta iklim politik dikawasan berkenaan.  Waktu wakil PerakNews menemuinya, beliau baru saja pulang dari menghadiri program kerakyatan di kawasan DUN Lintang. Isterinya Datin Zaiton Abdul Rahman, juga seorang yang aktif dalam Pergerakan Wanita UMNO di bahagian berkenaan,  ikut sama memberikan semangat juang. Zulkifli berterus terang mengatakan bahawa azamnya ialah membantu rakyat di kawasannya seperti mana yang pernah dilakukan Allahyarham Datuk Fadzil.
”Jika saya diberi peluang, diberi mandat oleh rakyat sebagai wakil rakyat mereka, saya berazam untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab itu sebaik mungkin. Saya tidak akan mengecewakan pengundi seperti setengah wakil rakyat pembangkang yang ibarat kawasan itu touch n go saja.”
“Ini kerana jiwa saya adalah jiwa rakyat, . . . .kata kunci saya ialah saya saya suka rakyat,  saya sayang rakyat dan nak bantu rakyat”.
“Inilah kata kunci saya kepada pengundi-pengundi yang setia dengan saya. Insyallah saya berkeyakinan mereka memahami jiwa dan citarasa  saya . . . .” katanya,
Beliau mengakui bahawa tugas sebagai wakil rakyat sering terpesong dengan imej glamor tapi pada saya “jika saya dipilih oleh rakyat mewakili mereka maka saya akan jadi hamba rakyat kerana saya memahami rakyat dan selari dan selaras dengan jiwa yang ada pada pucuk pimpinan kerajaan hari ini.
“Perdana Menteri sendiri sangat memahami hati nurani rakyat dimana beliau telah wujudkan program-program bantuan secara langsung pada rakyat seperti BR1M 1.0 dan 2.0, bantuan persekolahan dan banyak yang tak dapat disebut kerana terlalu banyak.Dzulkifli berpendapat hubungan yang rapat dengan penduduk di Lintang (dan Sungai Siput) terbina sejak 30 tahun yang lampau.
”Saya yakin dengan hubungan akrab saya dengan  pengundi pelbagai kaum di DUN Lintang termasuklah masyarakat orang asli akan memudahkan tugas saya membantu mereka.Beliau mula berjinak dengan dunia politik di Sungai Siput 30 tahun lalu bermula sebagai Ketua Pemuda cawangan, kemudian menjadi Ketua Pemuda bahagian.
``Allahyarham Datuk Fadzil, abang saya banyak memberi tunjuk ajar dan mendedahkan saya pada politik persekitaran, Disinilah saya mempelajari selok belok politik sehingga hubungan saya dengan penduduk di kawasan ini sangat akrab.”
Beliau yang juga Ketua UMNO bahagian Sungai Siput akan meneruskan kesinambungan tradisi membela rakyat yang diamalkan allahyarham abangnya sewaktu menjadi wakil rakyat di DUN Lintang.
“Saya akan teruskan kesinambungan perjuangan dan hasrat abang saya sendiri didalam beberapa perkara dan saya bercadang membantu masyarakat orang asli supaya mereka boleh keluar daripada kepompong kemisikinan.
“Melalui blue print UMNO bahagian yang kita sediakan pada tahun 1980an dan 1990an lagi iaitu hasrat kita menjadikan Kampung Baung sebagai pusat ekonomi desa masyarakat orang asli.” katanya.
Dzulkifli gembira wawasan UMNO bahagian kini hampir menjadi kenyataan. Malah pada mula kita sekadar nak mewujudkan beberapa buah gerai, kedai, pusat latihan, masjid, dan sebagainya dalam DUN Lintang . . . .tapi alhamdulillah diluar jangkaan kita rancangan yang lebih besar berlaku.
“Khusus di Kampung Baung iaitu di tempat yang didiami masyarakat orang asli, kerajaan meluluskan satu projek , program  mini UTC bernilai lebih RM100 juta –merupakan pilot projek yang julung kali diwujudkan oleh kerajaan khusus bagi masyrakat orang asli.
“Saya begitu terharu  dan berbangga apabila kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir membantu dan melaksanakann projek ini . . . .(Zul berhenti sejenak) kalaulah allahyarham masih hidup, beliau tentu merasa begitu  seronok kerana apa yang dirancangkan bersama-sama kini hampir menjadi kenyataan pada hari ini”,’’ ujarnya.
.Mengenai konsep membandarkan kawasan luar bandar, Dzulkifli berkata perkara itu termasuk sebahagian dari rancangan UMNO bahagian.”Kita juga cadangkan pusat pertumbuhan ekonomi di kawasan luar bandar dimana konsepnya membandarkan luar bandar. . . .dengan ini kita dapat menaik taraf sosio ekonomi penduduk di luar bandar.”, katanya lagi.
Sebagai contoh katanya pusat pertumbuhan ekonomi di Felda Lasah dimana kita boleh lihat pembangunan seperti susun atur rumah begitu tersusun. Ini termasuk juga  di peringkat mukim di Kg Kemiri dan sebagainya.
``Selain dari itu kita cadang mewujud satu kawasan penempatan baru –rancangan  perkampungan tesusun di tanah seluas 100 ekar diantara Kampung Bekut dengan Felda Lasah.
“Kalau ini juga diluluskan oleh kerajaan maka manfaatnya akan dinikmati generasi kedua pemuda dan  belia yang telah berkeluarga, bekas tentera dan  polis termasuk penduduk di kawasan perpindahan banjir.“
``Mereka yang tidak mempunyai tapak rumah  ingin saya maklumkan kita akan  mewujudkan satu pusat pertumbuhan melibatkan skim 600 keluarga,’’ katanya
Mengenai bidang pendidikan, Zulkifli berkata sebagai pengerusi lembaga penasihat kolej komuniti, program untuk jenerasi pelapis disediakan. Kini mereka boleh meperoleh ilmu diperingkat sijil dan ini boleh melatihan mereka menjadi masyarakat mempunyai ilmu teknikal.
Menurut beliau, kolej ini membuka peluang pembelajaran kepada semua peringkat usia sama ada dewasa, belia, wanita, pemuda, ibu tunggal . . . boleh mengikuti program jangka pendek dan panjang. Ini akan meningkatkan kemahiran dan akan beri peluang mereka memperoleh pekerjaan yang jauh lebih baik.
Menurut Dzukifli lagi, begitu juga dengan pusat ternakan haiwan Info, pusat ternakan ikan air tawar dan pusat kraftangan di Enggor dan banyak lagi pusat yang sedia ada dikawasan Sungai Siput.
``Selain pusat giat mara untuk beri latihan dan peluang pekerjaan kepada mereka setelah mereka berhenti pembelajaran kemahiran dipusat giat mara, mereka mendapat tawaran daripada syarikat aotomotif dengan pendapatan lumayan,’’ katanya.
Dato’ Dzulkifli turut berazam untuk memberi fokus kepada soal kebajikan rakyat kerana pengalamannya sebagi ketua pemuda, ketua UMNO bahagian  dan sebagai Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Rakyat (MAYA) Parlimen Sungai Siput telah banyak membantu golongan berkenaan.
``.Ketika itu Parlimen Sungai Siput tidak dikuasai BN kalau dulu ketika itu sebelum 2008 Datuk Samy Vellu jadi ahli parlimen dan menteri selama 20 tahun diParlimen Sungai Siput pada ketika itu rakyat tidak hadapi apa-apa masalah kerana Datuk Seri Samyu adalah pemimpin yang berjiwa rakyat- kurang masalah.
``Tapi bila kita hilang kerusi pada pembangkang maka rakyat berbilang kaum menumpukan kepada saya sebagi ketua UMNO Bahagian dan Pengerusi Maya, ketika itu saya rasai denyut nadi rakyat yang harapkan bantuan dan sokongan secara langsung ataupun  ad hov dengan masalah yang mereka hadapi dari segi saraan hidup pendapatan ditinggal suami, sakit demam rawatan ke IJN, pendidikan anak, bantuan anak untuk lanjutkan pelajaran ke universiti,’’ katanya.
Menurut Dato Dzulkifli, berdasarkan pandangannya empat tahun kebelakangan ini beliau berpendapat sesuatu perlu dilakukan oleh seorang pemimpin sepertinya untuk membela rakyat.
``Jadi berasaskan keapda empat tahun kebelakangan ini, saya melihat bahawa kita perlu buat sesuatu, pemimpin perlu buat sesuatu untuk rakyat seperti pemilikan tapak rumah bukan sahaja masih banyak yang belum miliki tapak rumah bukan saja generasi kedua tapi generasi dewasa.
``Ini juga menjadi hasrat misi dan visi saya untuk bersusaha dengan sedaya upaya untuk membantu rakyat yang tidak miliki tapak rumah dan juga rumah,’’ katanya.

No comments:

Post a Comment