Saturday 27 April 2013

MERASMIKAN AUDISI BADMINTON REMAJA

Perasmian audisi badminton remaja anjuran Dato Lee Chong Wei oleh Dato' Dzolkafly Harun di Sg Siput.



Datuk Lee Chong Wei adalah merupakan pemain pilihan ramai. Ternyata beliau adalah merupakan salah seorang permain badminton Malaysia yang begitu konsistan dari segi kesungguhan, pencapaian dan kecemerlangan beliau dalam arena sukan badminton antarabangsa.
Beliau telah banyak menyumbang dan menaikkan nama negara di pentas dunia melalui kemenangan yang diraih. Rakyat Malaysia boleh melihat kesungguhan beliau dalam pertandingan akhir perseorangan badminton yang menemukan beliau dengan pemain nombor satu negara China iaitu Lin Dan. 

Oleh itu, adalah sangat wajar jika kita jadikan beliau sebagai idola sukan badminton ini seterusnya bakat yang diperoleh boleh diajarkan kepada generasi pelapis agar negara tidak ketandusan atlet dalam bidang sukan badminton ini.


No comments:

Post a Comment