Friday, 26 April 2013

PRU13: Parti lebih penting daripada individu - Najib


PM-najib

Datuk Seri Najib Razak berkata, kedudukan parti lebih besar daripada mana-mana individu. 

Perdana Menteri berkata, sejarah nenunjukkan pemimpin yang meninggalkan parti, maka rakyat akan meninggalkannya. 
"Kalau kita hendak impian dan cita-cita rakyat serta negara tercapai, parti mesti didahulukan," katanya berucap pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia Parimen Kuala Kangsar, hari ini.

Najib berkata, jawatan hanya satu dan sementara tetapi maruah dan harga diri tidak boleh dibeli.

Katanya, rakyat akan kenang sampai bila-bila mana-mana pemimpin yang tiada jawatan tetapi mempunyai nilai dan maruah diri. - Berita Harian





No comments:

Post a Comment